Wednesday, December 19, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

Farid Kamil Diingatkan Tidak Keluar Kenyataan Berkaitan Kes.

  • Published in Hiburan

                                             Foto: Datuk Farid Kamil Zahari -wikipedia

PETALING JAYA - Mahkamah Majistret Petaling Jaya memberi peringatan kepada pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari 37 tahun untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pertuduhan yang dihadapinya.

Majistret Nor Ariffin Hisham membuat teguran itu ketika prosiding sebutan semula kes di mahkamah hari ini.

Mahkamah membuat teguran itu susulan dari sidang media mengenai kes berkenaan yang dibuat oleh Datuk Farid Rabu lalu.

Majistret Nor Ariffin mengingatkan, sebarang perkara berbangkit perlu dikemukakan di mahkamah ketika perbicaraan.

Kenyataan tertuduh dalam sidang media dikhuatiri ada kaitan dengan pertuduhan yang boleh mendatangkan pelbagai spekulasi yang tidak benar oleh masyarakat ketika kes itu masih dalam prosiding mahkamah.

Peguam Faizul Mohd Nasir kemudian memohon maaf dan berkata sidang media yang dibuat anak guamnya tidak merujuk dan tidak menyentuh secara langsung terhadap pertuduhan. ###

((RTM/BTV))