Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Sheila On 7 Nyata Masih Di Hati Peminat

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Lebih dua dekad mencipta nama dalam persada seni, kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 (SO7) ternyata masih 'menyengat' dan sentiasa mendapat tempat di hati peminat.

Buktinya, konsert SO7 Live In Kuala Lumpur di StarXpo Center, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur  malam tadi gamat dengan sorakan kira-kira 7,000 peminat yang hadir.

Dalam konsert dua jam bermula 9 malam itu, peminat yang terdiri daripada pelbagai generasi seakan histeria sebaik melihat kelibat vokalisnya, Akhdiyat Duta Modjo atau dikenali sebagai Duta, membuka tirai dengan dendangan lagu 'Hari Bersamanya'.

Menurutnya Akhdiyat kami terbang jauh dari Indonesia dengan hanya satu tujuan, untuk melihat semua yang ada di sini gembira malam ini.

Terima kasih atas sokongan setia anda selama ini, tidak kira dari dalam atau luar Kuala Lumpur, semoga terhibur dengan persembahan kami.

Kumpulan rock alternatif yang ditubuhkan sejak 1996 itu, turut mengotakan janji untuk mengubati kerinduan peminat melalui persembahan lagu hit lain antaranya 'Sephia', 'Dan', 'Pria Kesepian', 'Itu Aku' dan 'Seberapa Pantas' dengan susunan muzik yang lebih matang.

((SUMBER: BERNAMA))