Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Ola Bola The Musical: Kegemilangan Pasukan Kebangsaan Di Pentas Istana Budaya

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Menjayakan babak perlawanan bola sepak untuk pementasan teater bukanlah sesuatu yang mudah, namun di OlaBola The Musical, penonton boleh menyaksikannya lengkap dengan 'teknik video ulang tayang'.

Ia tidak ubah seperti menonton perlawanan bola sepak yang ditayangkan secara langsung di televisyen, yang penonton dapat menyaksikan detik-detik gol dijaringkan dalam gerak perlahan. Bezanya semua itu berlaku di atas pentas teater yang sama.

Menurut pengarahnya,  Puan Sri Tiara Jacquelina, itu antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan penonton menerusi teater muzikal adaptasi yang dipentaskan bermula 8 Feb sehingga 11 Mac ini.

Tiara berkata walaupun OlaBola The Musical itu bukan sentuhan pertamanya, misi menjadikan pentas Istana Budaya kepada 'Stadium Merdeka' merupakan cabaran terbesar lebih 200 kru produksinya sepanjang menjayakan pementasan tersebut.

"Saiz pentas Istana Budaya tidak sampai satu perempat pun berbanding saiz padang bola di stadium, pergerakan pelakon tidak boleh lari walau 1 milimeter .Sebarang kesilapan kecil boleh merubah segalanya," katanya pada majis pratonton teater tersebut.

((SUMBER: BERNAMA))