Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 12:18 AM UTC, May 24, 2018

TNB Lancar Iklan Tahun Baru Cina Bawa Mesej Kemeriahan Masyarakat Malaysia

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) melancarkan iklan Tahun Baru Cina 2018, yang menyentuh nostalgia masyarakat Malaysia berbilang kaum bersama-sama menyambut sesuatu perayaan.

Iklan dalam bentuk filem pendek itu yang bertajuk ‘Coming Together’, mengisahkan tiga beradik yang berpegang kepada tradisi meraikan Tahun Baru Cina bersama jiran tetangga seperti waktu zaman kanak-kanak.

Filem pendek itu digarap dalam bentuk imbauan kembali untuk membawa nostalgia penonton sewaktu kemeriahan sambutan perayaan bersama-sama jiran dan rakan setempat.

Demikian menurut Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman pada sidang akhbar pelancaran iklan berkenaan di sini.

Iklan tersebut yang disiarkan dalam versi tiga minit dan 60 saat, diarahkan oleh Quek Shio Chuan yang pernah terlibat dengan iklan pendek bertemakan perayaan untuk Petronas.

Iklan Coming Together itu boleh ditonton di akaun YouTube.com/tenagaofficial selain ditayangkan di stesen televisyen tempatan.

((BERNAMA))