Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:45 AM UTC, Feb 24, 2018

Adam Hatta Terokai Muzik Tempatan Menerusi Single 'Rindu Dalam Sengsara'

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Adam Hatta yang berjinak dalam bidang nyanyian sebagai penyanyi nasyid serta qasidah semasa belajar di Maahad Tahfiz As Sofa, Seremban, kini mengorak langkah untuk menjadi penyanyi terkenal.

Mempertaruhkan single sulung berjudul ‘Rindu Dalam Sengsara’ karya komposer Din Omar, remaja berusia 18 tahun itu berharap singlenya akan menjadi pembuka jalan baginya bertapak dalam industri muzik tempatan.

Anak jati Melaka yang juga berkebolehan bermain gitar, yakin lagu berentak pop rock yang menceritakan kisah percintaan zaman remaja itu mampu menambat hati pendengar terutama golongan seusianya.

Adam berkata biarpun belum pernah bercinta, hasil bantuan dan tunjuk ajar Din Omar, beliau berjaya menghayati dan menyampaikan lagu berkenaan dengan baik.

Beliau berkata lagunya itu boleh didengari menerusi aplikasi Joox, Spotify dan iTunes manakala muzik video akan dimuat naik ke YouTube melalui saluran Vivo tidak lama lagi.

Bernaung di bawah label Universal Music Malaysia, Adam berkata beliau sedia berdepan dengan cabaran dalam dunia hiburan tanah air, dengan menjadikan rakan penyanyi muda yang lain, terutamanya yang sudah mempunyai nama besar dalam industri seperti Aiman Tino dan Haqiem Rusli, sebagai panduan.

((BERNAMA))