Monday, September 16, 2019
updated 12:32 PM UTC, Sep 16, 2019

Bekas pemandu Che Ta diminta mohon maaf

  • Published in Hiburan

 

 

 

 

KUALA LUMPUR - "Tak mahu panjangkan isu...saya bersedia maafkan". Demikian penjelasan pelakon Rozita Che Wan mengenai isu gaji yang diviralkan oleh pemandu peribadi Mohammad Ridzuan yang harus memohon kemaafan secara terbuka sama ada bersemuka dengannya atau di platform laman media sosial.

 

Jelas peguam Che Ta, Wan Sarimah Wan Hussain, bekas pemandunya harus memohon maaf diberikan tempoh sehingga 6 petang ini. Sekiranya tiada tempoh tersebut tindakan saman akan dibuat mengikut undang-undang.

 

Ekoran itu perniagaan Che Ta mengalami kemerosotan semasa awal pemandu berkenaan membuat viral di laman sosial.

 

Turut hadir suami Che Ta dan juga pelakon Zain Saidin. Che Ta ditemui dalam sidang media khas di sebuah hotel terkemuka di Damansara.

 

((RTM / FIRDAUS))