Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Rombongan Umrah Kedua Untuk Penggiat Seni Pada April

  • Published in Hiburan

SEPANG — Satu lagi rombongan jemaah umrah di bawah Program Umrah Penggiat Seni akan dibawa untuk mengerjakan ibadah itu di tanah suci pada April nanti.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu program itu diteruskan bagi memberi peluang terutamanya kepada golongan penggiat seni yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan 23 penggiat seni veteran yang baru menunaikan ibadah umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Program anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih itu julung kali diadakan, hasil cetusan idea Perdana Menteri semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni tahun lepas.

((BERNAMA))