Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

John Mohoney Tutup Usia 77 Tahun

  • Published in Hiburan

CHICAGO - Pelakon John Mohoney yang popular dalam sitkom televisyen, Frasier meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Pengurusnya , Paul Martino berkata, Mohoney meninggal dunia pada Ahad di pusat jagaan hospice di Chicago.

Mahoney memegang peranan ikonik, Martin Crane untuk sebelas musim sitkom popular itu sehingga tahun 2004.

Beliau memenangi pelbagai anugerah termasuk pencalonan untuk anugerah Emmys dan Golden Globes.

Beliau turut menerima pelbagai penghargaan termasuk anugerah Tony dan trofi Screen Actors Guild.

((AFP))