Sunday, June 16, 2019

updated 11:07 AM UTC, Jun 16, 2019

Konsert Jelajah Maher Zain 2019 hiburkan 5,000 penonton

  • Published in Hiburan


   
BUKIT JALIL - Siri Konsert Jelajah Maher Zain 2019 yang bermula semalam, berjaya memukau hampir 5,000 penonton.

Bertempat di Axita Arena, Bukit Jalil konsert itu permulaan bagi penyanyi dari Sweden itu meneruskan siri jelajah konsertnya untuk skala yang lebih besar pada masa akan datang.
   
Mendendangkan hampir kesemua lagu popular beliau, konsert selama 2 jam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kali terakhir mengadakan persembahan di Malaysia tiga tahun lalu sempena album ONE, beliau mendendangkan hampir 20 lagu.

Thank You Allah, The Choosen One, Palestine Will Be Free dan Insya Allah sebelum konsert diakhiri dengan lagu Barakallah, antara lagu yang didendangkan.

Selepas ini beliau akan meneruskan siri jelajah konsertnya di Pasir Gudang, Johor, Spice Pulau Pinang dan Universiti Malaysia Sabah.