Saturday, February 24, 2018
vital-top
updated 7:24 AM UTC, Feb 24, 2018

Syair Siti Zubaidah Kini Diangkat Ke Bentuk Monodrama

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Setelah diadaptasi ke dalam bentuk filem, opera dan teater, karya klasik manuskrip Melayu lama dari abad ke-19, Syair Siti Zubaidah kini dipersembahkan pula dalam bentuk monodrama.

Siti Zubaidah Sebuah Monodrama yang dipentaskan di Galeri Petronas semalam dan hari ini (3 dan 4 Feb) merupakan hasil tulisan dan arahan pensyarah yang juga Ketua Jabatan Drama Universiti Malaya Dr Marlenny Deenerwan.

Monodrama merupakan sebuah pementasan yang melibatkan hanya seorang pelakon membawakan pelbagai watak dalam sesuatu karya.

Syair Siti Zubaidah adalah kisah pengembaraan seorang wanita yang menempuh pelbagai cabaran untuk membebaskan suaminya Sultan Zainal Abidin, yang ditawan puteri dari China.

Marlenny mengakui bukan mudah untuk mengadaptasi karya terkenal dalam bidang kesusasteraan Melayu ke dalam bentuk monodrama kerana banyak aspek perlu diteliti terutama dalam meringkaskan jalan cerita daripada sebuah syair yang mengandungi 3,736 rangkap.

((SUMBER: BERNAMA))