Thursday, June 20, 2019

updated 2:56 AM UTC, Jun 20, 2019

Bikers Kental 2 temui peminat di pawagam 14 Mac Ini

  • Published in Hiburan
Foto - RTM/Aishah

KUALA LUMPUR - Industri filem tanah air sekali lagi bakal digegarkan dengan lakonan mantap pelakon dan pelawak tempatan, Zizan Razak , Datuk Awie, Datuk Afdlin Shauki, Bont Palare menerusi sekual filem blockbuster Bikers Kental 2 pada 14 Mac ini.

Filem arahan Mohd Helmi Mohd Yusof  merupakan dilanjutan dari sambutan menggalakkan penonton filem Bikers Kental 1 yang ditayangkan pada 2013.

Antara pelakon popular yang terlibat dalam filem berkenaan ialah  Datuk Awie dan Zizan Razak, Datuk Afdlin Shauki.

Filem tersebut mengisahkan tentang watak lucu lakonan Zizan Razak iaitu Bidin Al-Zaifa yang mahu melamar kekasih lamanya Cherry Pornyit (lakonan Meau Julallangtip) yang berasal dari Thailand.

Bagaimanapun hasratnya dihalang oleh seorang samseng kejam , Albuqueq lakonan Amerul Affendi dan abang kandung Cherry yang juga merupakan seorang juara Muay Thai, Ananda lakonan Pont Cranium.