Friday, April 19, 2019
vital-top
updated 4:32 AM UTC, Apr 19, 2019

DJ Radio Tempatan Ukir Nama Di Dunia Kollywood

  • Published in Hiburan

 

KUALA LUMPUR - DJ radio tempatan, Gheetha Ammasee berjaya melakar sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama menerima watak utama atau sebagai heroin di India melalui filem 'Kaaval' dan 'Sangu Chakkaram' .

Ia sekaligus menerima anugerah serta mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.

Gheetha yang lebih dikenali sebagai 'Punagai Poo' Geetha memberitahu Bernama bahawa pelbagai cabaran dihadapinya sepanjang berlakon di negara India termasuk perlu memberikan komitmen tinggi tanpa menunjukkan penat.

Katanya komitmen tersebut bukan hanya bagi menjaga nama  malah menjadi tangungjawab  yang digalas mewakili Malaysia.

Negara India sendiri dibanjiri dengan ramai pelakon, jadi apabila mereka pilih seorang pelakon dari luar negara, pelakon itu harus memberikan komitmen yang tinggi. Saya tidak mahu kru perfileman di India anggap pelakon Malaysia cepat penat dan anggap lebih baik pilih pelakon India kerana saya mewakili semua pelakon di negara ini.

((SUMBER: BERNAMA))