Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Farid Kamil Didakwa Atas Empat Pertuduhan

  • Published in Hiburan

PETALING JAYA - Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari didakwa di Mahkamah Majistret atas empat pertuduhan iaitu mendatangkan cedera dan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota polis dan orang awam serta berkelakuan tidak senonoh di Balai Polis Trafik Kota Damansara, Khamis lepas.

Farid yang memakai baju-T kelabu, seluar jeans biru dan berselipar, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Nor Ariffin Hisham.

 

Sumber : BERNAMA