Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Pelakon Direman 4 Hari

  • Published in Hiburan

PETALING JAYA - Seorang pelakon dan pengarah filem , direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas dipercayai menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Zaki Aysraf Zubir di Mahkamah Petaling Jaya.

Pelakon berkenaan yang berpakaian lokap berwarna ungu dan diiringi anggota polis tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pukul 10.07 pagi tadi.

Prosiding mengambil masa 15 minit sebelum dia dibawa keluar pada pukul 10.50 pagi.

Turut kelihatan adik lelakinya.

Semalam pelakon dan pengarah berkenaan ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara termasuk disahkan positif dadah jenis ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

((RTM))