Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Konsert Amal 'SEPETANG BERSAMA ARTIS 60AN' Di Seremban Pada 27 Jan

  • Published in Hiburan

SEREMBAN - Lima artis 60an akan mengadakan persembahan pada konsert amal “Sepetang Bersama Artis 60an” anjuran Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri Sembilan di Klana Resort di sini pada 27 Jan ini.

Pengerusi persatuan itu, Md Jamil Aris berkata lima artis 60an itu ialah Datuk A. Rahman Hassan, J. Sham, Rodziah Latif, Afidah S dan A. Rahman Onn.

Beliau berkata pada sidang media di sini.

Katanya, selain persembahan artis 60an, turut diadakan ialah pertunjukan fesyen pakaian ala 60an dari 'DK Collection', cabutan bertuah serta jualan produk daripada usahawan tempatan.

Mereka yang ingin menyaksikan konsert itu boleh menghubungi Md Jamil di talian 012-2191054 dan Timbalan Pengerusi Persatuan Karyawan 60an Pop Yeh Yeh Negeri Sembilan, Roslina Rohani (012-2208540).

 ((BERNAMA))