Wednesday, July 17, 2019
updated 3:40 PM UTC, Jul 17, 2019

Datuk Seri Siti Nurhaliza Umum Jantina Anak

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan jantina bayi dalam kandungannya adalah seorang perempuan.

Berita tersebut dikongsi oleh Siti Nurhaliza di laman Istagramnya bersempena ulang tahunnya ke-39.

Siti Nurhaliza dalam video itu memohon agar peminat mendoakan urusannya dipermudahkan.

Beliau turut ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid dalam video berkenaan.

Siti Nurhaliza dijangka dibersalin Mac nanti.

((INSTAGRAM))