Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Ayu Damit Bakal Muncul Dengan Album Baharu

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR – Juara program realiti ‘One In A Million’ musim kedua (OIAM2), Ayu Damit bakal membuat kemunculan semula dengan menampilkan mini album terbaharu selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

Mempertaruhkan lima lagu terbaharu dalam album itu, Ayu atau nama sebenar Norayu Damit akan mengekalkan genre balada yang menjadi kekuatannya.

“Tiga lagu sudah dirakam iaitu Cinta Terakhir, Pelengkap Hati serta single Beauty Till Jannah yang telah keluar radio. Saya masih recording dua lagi lagu,” katanya kepada Bernama.

Antara komposer dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan album itu ialah Ain Amira, Awil Rafael dan Amar.

 

 

Sementara itu, Ayu berhasrat untuk mengadakan perjumpaan semula rakan-rakan artis yang pernah menyertai OIAM2 pada 2008 dalam majlis hi-tea.

((BERNAMA))