Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Markle Tutup Semua Akaun Media Sosial

  • Published in Hiburan

LONDON - Meghan Markle telah menutup semua akaun media sosialnya, seperti yang disahkan oleh Kensington Palace.

Markle menutup akaun Twitter, Facebook dan Instagramnya.

Memetik laporan Independent, Kensington Palace berkata Meghan menghargai sokongan peminat di laman sosial berkenaan.

Keputusan memadam akaun itu sejajar dengan perubahan status beliau yang akan berkahwin dengan Putera Harry pada Mei ini.

Aktres AS sebelum ini mempunyai 1.9 juta pengikut di laman Instagram dan lebih 250,000 pengikut di Twitter.

((INDEPENDENT))