Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Tiket Percuma MCG18 Di PWTC Pada 13, 14 Jan

  • Published in Hiburan

PUTRAJAYA - Tiket bagi menyaksikan pertandingan Malaysia Cyber Games (MCG18) pada 13 dan 14 Jan ini di Kuala Lumpur akan diberikan percuma.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mengumumkan perkara berkata ia bertujuan memastikan golongan muda yang meminati permainan siber tersebut tidak terbeban dengan pembelian tiket.

Acara e-sukan yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu disertai lebih 1,000 peserta yang akan berentap menerusi sembilan jenis permainan video popular.

Perbincangan telah diadakan antara beliau dengan penganjur utama pertandingan itu iaitu Tune Advertising Sdn Bhd dan Suara Anak Muda 1Malaysia.


Sumber : BERNAMA