Wednesday, April 25, 2018
vital-top
updated 1:55 PM UTC, Apr 25, 2018

Eira Syazira Selamat Lahirkan Cahaya Mata Ketiga

  • Published in Hiburan

KUALA LUMPUR - Eira Syazira, isteri kepada Azad Jazmin selamat melahirkan cahaya mata ketiga kira-kira pukul 1.43 petang, semalam.

Eira selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.1 kilogram di Pusat Perubatan Prince Court Kuala Lumpur secara pembedahan.

Azad dan Eira berkahwin pada 16 September 2011 dan mereka turut dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 4, dan Ameisya Leann Rose yang baru berusia setahun.