Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Brad Pitt Kunjungi China Selepas Dilarang Masuk Berkaitan Filem Tibet

  • Published in Hiburan

SHANGHAI - Aktor Brad Pitt membuat kemunculan promosi pertamanya untuk filem di China sejak diharamkan susulan sebuah filem yang dibintanginya Tibet hampir 20 tahun lalu.

Beliau menghabiskan 40 minit menandatangani autograf untuk peminat di negara itu dan 20 minit dalam acara yang dikawal ketat ketika mempromosikan filem terbaharu.

Kerajaan China dilaporkan membenci filem lakonan beliau pada 1997, "Seven Years in Tibet" mengenai hubungan seorang pengembara Austria dengan Dalai Lama muda, kerana menggambarkan pemerintahan China yang kejam di rantau Himalaya.

Wartawan tidak dibenarkan untuk bertanya soalan pada majlis itu di Shanghai yang diadakan untuk mempromosi thriller romantik Perang Dunia II "Allied".

Pitt pernah melawat China dua tahun lalu untuk menemani bekas isterinya ketika membuat jelajah promosi, namun tidak menonjolkan diri.

"Allied" bakal ditayangkan pada 23 November di China, Amerika dan beberapa negara Eropah dan Asia.