Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Leon Russell Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

  • Published in Hiburan

NASHVILLE - Penyanyi dan juga penghasil muzik rock n roll, Leon Russell meninggal dunia pada usia 74 tahun.

Isteri Russell, Jan Bridges dalam satu kenyataan berkata suaminya meninggal dunia dalam tidur pada Ahad di rumah mereka di Nashville.

Beliau berkata, Russell menjalani pintasan jantung pada bulan Julai lalu dan bercadang untuk meneruskan konsert jelajah bulan Januari tahun depan.

Kali terakhir Russell membuat persembahan pada awal Julai di Nashville.

Lagu hit beliau antaranya seperti "Tight Rope" dan "Lady Blue".

Pada tahun 2000 Russell mempunyai lebel rakaman sendiri, Leon Russell Records.