Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

MCKIP Ekonomi Pelaburan Kuantan, Gambang Dan Pekan Terus Melonjak

Kuantan - Malaysia - China terus mengukuhkan hubungan ekonomi  dua hala menerusi komitmen pelaburan bernilai RM1.58 bilion di Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Zon Ekonomi Khas ECER.

Antara pelabur baharu termasuklah Guangxi Investment Group Co Ltd, yang bakal melabur RM580 juta untuk membina kilang pengeluaran komponen aluminium.
  
Sementara LJ Hightech Material Sdn Bhd juga bakal melabur RM1 bilion untuk membina pusat pengeluaran berasaskan teknologi tinggi bagi panel konkrit.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke MCKIP sehingga kini mencecah RM15.08 bilion ringgit.

MCKIP yang diberi status "Taman Perindustrian Nasional" bakal menyediakan 3,000 peluang pekerjaan dan projek pembinaan akan bermula secara berperingkat pada suku pertama 2017.

Perdagangan Malaysia-China terus meningkat kepada USD97 bilion tahun lalu, dengan Malaysia muncul sebagai rakan dagang terbesar China di kalangan negara Asean.

Sumber : Berita Samasa 11 (1 Jun 2016)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 628