Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

Projek Penyebaran Trafik Dan Pembaikan Jalan Kontraktor Dipelawa Sertai Pra Kelayakan

Kuala Lumpur - TRX City Sdn Bhd, pemaju induk Tun Razak Exchange (TRX) mempelawa kontraktor untuk menyertai pra kelayakan, bagi cadangan projek penyebaran trafik dan pembaikan sebahagian Jalan Tun Razak (JTR), serta pembinaan jalan masuk dan jalan keluar TRX.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmar Talib , projek itu bakal meliputi pembinaan terowong bawah tanah sebagai Jalan Masuk dan Jalan Keluar JTR-TRX , SMART-TRX , serta jalan bertingkat sebagai Jalan Masuk MEX-TRX.

Selain itu, ia termasuk penempatan semula perkhidmatan utiliti, kerja lanskap, sistem get banjir dan kawalan pengurusan trafik.

Satu Taklimat Maklumat Projek akan diadakan di TRX Gallery pada 8 Jun, dan para pemohon yang mahu menyertai tender tersebut wajib menghadirinya.

Kontraktor yang menepati kriteria tender dipelawa menyerahkan dokumen pra kelayakan yang lengkap pada 12 tengah hari, 1 Julai ini.

Sumber : Berita Nasional 8 (30 Mei 2016)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 450