Wednesday, 15 July 2020

updated 1:37 PM UTC, Jul 15, 2020

Maybank IB Yakin IOI Corp Mampu Selesaikan Pergantungan RSPO

Kuala Lumpur - Maybank Investment Bank (IB) Research mengekalkan 'saranan beli' ke atas IOI Corporation Bhd (IOI Corp) dengan sasaran harga RM4.59 sen.

Ia berikutan IOI Corp yang menghadapi penggantungan daripada Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) pada 4 April lalu.
  
Maybank Investment Bank (IB) Research menerusi kenyataan berkata keputusan itu akan membantu IOI mencari jalan terbaik dan  menarik balik tuntutan mahkamah untuk menyelesaikan tindakan penggantungannya.

IOI Corp juga secara sukarela menerima pakai Sistem Persijilan RSPO Yang Berikutnya menjelang akhir tahun depan.

Menurut Maybank Investment Bank (IB) Research penggantungan RSPO ke atas IOI akan diselesaikan dalam tempoh 6 hingga 12 bulan mulai tarikh penggantungan.

Pada Mei IOI memfailkan cabaran terhadap penggantungan oleh Lembaga RSPO, di Mahkamah Daerah Zurich Switzerland.

Sumber : Berita Semasa 11 (8 Jun 2016)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 256