Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Kerajaan Tidak Halang Syarikat Tempatan Keluarkan Kenderaan Model Baharu

Banting - Kerajaan tidak menghalang mana-mana syarikat pengeluar kenderaan tempatan untuk mengeluarkan model baharu dengan kapasiti enjin yang lebih besar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebaliknya kerajaan  menggalakkan persaingan bebas dan sihat, yang akhirnya akan memanfaatkan pengguna.
  
Beliau menjawab pertanyaan sama ada model sedan kompak baharu BEZZA keluaran Perodua, akan menjejaskan pasaran syarikat pembuat kereta nasional, Proton.

Sementara itu, kerajaan juga tidak berhasrat untuk campur tangan dalam proses Proton mengenalpasti rakan strategik asingnya.

Proton katanya, memerlukan masa untuk menilai rakan strategik asing yang sesuai dan kerajaan tidak meletakkan tempoh untuk memuktamadkan kerjasama.

Kerajaan pada April lalu, meluluskan pinjaman mudah RM1.5 bilion, untuk memastikan Proton kekal berdaya tahan sebagai pembuat kereta nasional.

Datuk Seri Mustapa bercakap selepas merasmikan kilang baharu pengeluaran motosikal Demak Malaysia di Banting.

Sumber : Berita Nasional 8 (26 Julai 2016)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 144