Sunday, 27 September 2020

updated 5:07 AM UTC, Sep 27, 2020

Kumpulan AirAsia Catat Muatan 85% Bagi Tempoh 2Q

Kuala Lumpur - AirAsia Group mencatat muatan sehingga 85% bagi tempoh suku kedua 2016 (2Q16), meningkat enam mata peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia Bhd berkata jumlah penumpang yang dibawa meningkat 12% tahun ke tahun kepada 13.9 juta, melepasi peningkatan kapasiti 4%.

Pada akhir suku dalam kajian, saiz kumpulan kapal kumpulan itu berjumlah 172 pesawat.

Malaysia AirAsia merekodkan muatan 87% pada 2Q16, meningkat 7 mata peratus tahun ke tahun.

"Permintaan melebihi kapasiti, dengan peningkatan 10% jumlah penumpang seramai 6.55 juta serta peningkatan kapasiti satu peratus.

"Laluan baharu, Johor Baharu Guangzhou, diperkenalkan pada suku ini," kata AirAsia Bhd. Ia berkata Thai AirAsia mencatat muatan sebanyak 83% pada 2Q16, meningkat 3 mata peratus tahun ke tahun, Indonesia AirAsia (meningkat 10 mata peratus), Philippines AirAsia meningkat 91% (meningkat 11 mata peratus) manakala AirAsia India sebanyak 87 peratus (meningkat 4 mata peratus).

Sumber : Bessar

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 153