Friday, 7 August 2020

updated 12:31 AM UTC, Aug 7, 2020

MARGMA - Harga Sarung Tangan Melonjak Selepas Harga Gas Naik

 

Kuala Lumpur - Harga sarung tangan perlu diselaraskan lebih tinggi iaitu antara US$0.40 sehingga US$0.60 bagi setiap 1,000 keping memandangkan tarif gas yang sudah meningkat termasuk faktor-faktor lain seperti gaji minimum, kata Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Presiden Denis Low Jau Foo berkata kenaikan harga gas asli sebanyak 5.95 peratus, berkuatkuasa 15 Julai, akan menyebabkan kos tambahan sebanyak US$0.20 kepada US$0.30 bagi setiap 1,000 keping untuk sarung tangan nitril dan US$0.20 kepada US$0.50 bagi sarung tangan latex.

"Kami faham perlunya rasionalisasi subsidi oleh kerajaan tetapi pada masa yang sama, kita perlu mengambil kira dengan keadaan semasa ekonomi global.

"Walaupun notis tempoh yang lebih lama iaitu selama 16 hari buat masa ini, tempoh notis dua bulan adalah lebih baik kerana tempahan telah dibuat berbulan lebih awal," katanya.

Kuantum kenaikan tidak boleh diambil kira sehingga pengeluar sarung tangan dimaklumkan oleh Gas Malaysia. Industri ini masih perlu menyerap peningkatan walaupun ia secara mudah boleh dilepaskan kepada pembeli, katanya.(Sumer : Bessar)

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 238