Wednesday, September 18, 2019
updated 3:02 PM UTC, Sep 18, 2019

Serangan loji minyak Aramco beri kesan terhadap subsidi bahan api kerajaan

PETALING JAYA - Insiden serangan dua loji minyak milik Aramco di Arab Saudi bakal memberi kesan ketara terhadap subsidi bahan api oleh kerajaan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan, kejadian itu akan ,menyebabkan peningkatan harga minyak global namun, kerajaan akan mengkaji impak lanjutan terhadap negara.

Tambahnya, impak terhadap hasil Petronas adalah positif tetapi ia akan memberi kesan kepada peningkatan subsidi kerajaan.

Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri Majlis Kiraan Menurun Program Khas Pengakuan Khas (SVDP) Lembaga Hasil Dalam Negeri di Petaling Jaya.

Harga minyak global melonjak lebih 15 peratus, paras tertinggi dalam tempoh empat bulan selepas serangan terhadap loji pemprosesan minyak Arab Saudi Sabtu lalu, menyebabkan lebih lima peratus bekalan minyak global terjejas.

Aramco berkata, serangan tersebut telah menjejaskan pengeluaran 5.7 juta tong minyak sehari.

  • Ditulis oleh Media Baharu
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 70