Friday, November 24, 2017
vital-top
updated 3:12 AM UTC, Nov 24, 2017

Volvo Buka Bilik Pameran Di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR - SISMA Auto, pengedar bertauliah Volvo Car Malaysia yang baru dilantik, telah membuka bilik pameran Volvo rasmi pertamanya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang.

Pengarah Urusannya, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, bilik pameran tersebut akan membantu meningkatkan keterlihatan dan kesedaran jenama kereta mewah Volvo.

Bilik pameran itu juga menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar untuk pelanggan di sekitar Lembah Klang.

 

Sumber : BERNAMA

  • Jumlah paparan: 33