Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Stok Minyak Sawit November Meningkat 2.57 Peratus

Kuala Lumpur - Jumlah stok minyak sawit Malaysia pada November 2015 meningkat sebanyak 2.57 peratus kepada 2.91 juta tan metrik berbanding 2.84 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) , stok minyak sawit mentah (MSM) bagi November meningkat 2.64 peratus kepada 1.75 juta tan metrik berbanding 1.71 juta tan metrik sebelumnya.

Manakala stok minyak sawit diproses naik sebanyak 2.46 peratus kepada 1.16 juta tan metrik.

Jumlah pengeluaran MSM susut 18.87 peratus kepada 1.65 juta tan metrik pada November daripada 2.04 juta tan metrik sebelumnya.

MPOB berkata eksport biodiesel dan minyak sawit jatuh pada November.

Eksport biodiesel bagi bulan tersebut turun sebanyak 99.28 peratus kepada 82 tan metrik daripada 11,334 tan metrik yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Manakala eksport minyak sawit turun 12.43 peratus kepada 1.50 juta tan metrik berbanding 1.71 juta tan metrik pada Oktober.

Sementara itu, import MSM bagi November meningkat 0.61 peratus kepada 24,076 tan metrik berbanding 23,931 tan metrik pada bulan sebelumnya, manakala jumlah import minyak sawit meningkat 65.89 peratus kepada 121,819 tan metrik.

  • Jumlah paparan: 326