Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 2:37 PM UTC, Sep 26, 2017

Suria Capital Jual 60 Peratus Pegangan Dalam Syarikat Usaha Sama

Kuala Lumpur - Suria Capital Holdings Bhd memeterai perjanjian dengan unitnya, Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), untuk menjual 60 peratus pegangan dalam syarikat usaha samanya, S.P. Satria Sdn Bhd, dengan harga RM4.64 juta.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Suria Capital berkata penjualan itu dijangka selesai pada 1 Jan, 2016.

S.P. Satria ialah syarikat usaha sama 60:40 antara Suria Capital dan Trac-Wheels (Kota Kinabalu) Sdn Bhd.

"SPSB juga membeli 600,000 saham daripada Trac-Wheels dengan harga RM1.99 juta dan menerusi pembelian tersebut, ia kini memiliki 100 peratus ekuiti dalam S.P. Satria," kata syarikat itu.

Suria Capital berkata pemilikan 100 peratus S.P. Satria itu merupakan sebahagian daripada program penyusunan semula yang dilaksanakan syarikat tersebut bagi memastikan operasi pelabuhan berjalan lancar.

"Pembelian itu tidak dijangka membawa sebarang kesan ketara kepada pendapatan atau aset bersih bagi tahun kewangan semasa syarikat," kata syarikat itu.

  • Jumlah paparan: 952