Monday, June 18, 2018
vital-top
updated 3:04 PM UTC, Jun 18, 2018

Ringgit Dibuka Lebih Tinggi Berbanding Dolar Amerika Hari Ini

Kuala Lumpur - Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding Dolar Amerika hari ini ekoran sentimen positif selepas kenaikan harga minyak mentah.

Pada pukul 9 pagi tadi, unit tempatan disebut pada 4.31 berbanding Dolar Amerika.

Berbanding Dolar Singapura, ringgit disebut pada 3.00 dan berada pada 3.579 berbanding Yen.

Ringgit diniagakan pada 6.346 berbanding Pound sterling dan disebut pada 4.673 berbanding Euro.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 504