Sunday, May 20, 2018
vital-top
updated 3:56 PM UTC, May 20, 2018

Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi Hari Ini

Kuala Lumpur - Harga saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini disokong aktiviti belian yang diperbaharui selepas para pelabur mengambil peluang daripada harga saham yang lebih rendah.

Sehingga pukul 10 pagi tadi, penanda aras, FTSE Bursa Malaysia, FBM KLCI naik 14.08 mata kepada seribu 667.45.

Antara saham aktif , F-B-M K-L-C-I H-K susut 4.5 sen kepada 11.5 sen, X-O-X naik 1.5 sen menjadi 21.5 sen dan F-B-M K-L-C-I H-3 susut setengah sen kepada 52 sen.

Saham yang mencatat keuntungan tertinggi , Petronas Dagangan naik 82 sen kepada RM24.46 sen, Petronas Gas naik 36 sen menjadi RM22.00 dan P-P-B naik 28 sen kepada RM15.90 sen.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 789