Saturday, January 18, 2020
updated 10:03 AM UTC, Jan 18, 2020

Harga Minyak Kembali Stabil Pada Awal Dagangan Di Asia

Kuala Lumpur - Selepas mencecah paras terendah baharu pada 27 dolar amerika setong semalam , harga minyak mentah di Amerika Syarikat kembali stabil pada awal dagangan di Asia hari ini.

Namun penganalisis pasaran berpendapat lebihan bekalan global yang berterusan akan terus memberi tekanan kepada pasaran.

Kontrak semasa West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada paras 28.70 dolar amerika setong.

Manakala penanda aras antarabangsa, Brent berada pada 27.88 dolar amerika setong.

Harga minyak mentah terus mengalami tekanan  selepas pengumuman perangkaan inventori oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat.

EIA dijangka mengeluarkan perangkaan rasmi perangkaan penyimpanan hari ini.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 357