Wednesday, November 20, 2019
updated 12:18 PM UTC, Nov 20, 2019

Saham Asia Rendah, Saham China Di Gantung Berdagang Apabila Saham Jatuh 7 Peratus

 

Hong Kong  - Saham China jatuh, mencetuskan kali kedua tahap pemberhentian dagangan dalam seminggu dan mempengaruhi pasaran Asia yang lain bergerak lebih rendah ekoran kegelisahan para pelabur di rantau ini.

Indeks Komposit Shanghai, yang menjadi penanda aras jatuh 7.3 peratus kepada 3,115.89 dan digantung berdagang untuk hari tersebut. Indeks Komposit Shenzhen yang lebih kecil merosot 8.3 peratus kepada a 1,955.88.

Satu lagi indeks, CSI 300, jatuh 7.2 peratus. Mekanisme untuk gantung perdagangan adalah berdasarkan kepada sama ada indeks menghala lebih daripada 5 peratus ke atas atau ke bawah.

Perdagangan dihentikan pada 13 minit selepas sesi pagi. Stok selanjut terus jatuh selepas dagangan disambung semula 15 minit kemudian, mencetuskan langkah gantung perdagangan sepanjang hari.

Kemerosotan terbaru timbul selepas kerajaan China bertindak berpandu yuan kepada nilai yang lebih rendah, dalam usahanya untuk melemahkan mata wang dikawal ketat setakat ini dan harapkan untuk meningkatkan lagi eksport.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 392