Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Bank Rakyat Sasar Pembiayaan Peribadi-i Meningkat

Kuala Lumpur - Bank Rakyat Bhd menyasarkan pembiayaan peribadi-i nya meningkatkan sebanyak 20 hingga 25 peratus tahun ini berbanding 1.3 bilion ringgit yang direkodkan tahun lalu. 

Menurut Ketua Pegawai Operasinya, Md Khairuddin Arshad, fokus akan diberikan untuk meningkatkan pembiayaan bagi syarikat-syarikat swasta. 

Setakat ini 90 peratus daripada portfolio pembiayaan peribadi-i Bank Rakyat terdiri daripada kakitangan awam. 

Beliau ditemui media selepas majlis penyampaian hadiah kempen realizing dream dan pelancaran hab pasukan jualan Bank Rakyat. 

Penubuhan hab pasukan jualan ini merupakan salah satu strategi bank itu untuk meningkatkan penembusan pembiayaan peribadi dalam syarikat-syarikat swasta.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 493