Tuesday, October 22, 2019
updated 1:37 AM UTC, Oct 22, 2019

TPPA : Harga Ubat Tidak Terjejas

Kuala Lumpur - Harga Ubat dalam sektor farmaseutikal tidak akan terjejas menerusi pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik - TPPA.
 
Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Malaysia akan mengekalkan dasar sedia ada berkaitan sektor itu.

Ubat berasaskan biologi akan diletakkan di bawah ubat konvensional, agar tidak terjejas dengan pelaksanaan TPPA.

Jelasnya lagi, semua negara bersetuju untuk membuat kajian semula setiap tiga tahun terhadap harga ubat.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam Rancangan Dialog Khas di TV1.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 380