Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Harga Minyak Dunia Kembali Meningkat Selepas 8 Hari Jatuh

Kuala Lumpur - Harga minyak mentah meningkat buat pertama kali dalam tempoh lapan hari pada dagangan hari ini, selepas stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat jatuh.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 0.44 sen, kepada 30.88 dolar amerika setong, selepas mencecah paras terendah pada 29.93 dolar amerika, semalam.

Di London, Minyak mentah Brent, kontrak penanda aras global, meningkat 34 sen kepada 31.20 dolar amerika setong.

Kontrak minyak mentah itu jatuh 69 sen kepada 30.86 dolar amerika, selepas mencecah paras terendah 30.34 dolar amerika, semalam.

Mengikut perangkaan Institut Petroleum Amerika, stok minyak mentah Amerika jatuh sebanyak 3.9 juta tong dalam seminggu, kepada 480 juta tong, berbanding jangkaan penganalisis, iaitu peningkatan 2.5 juta tong.

Stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran bagi WTI pula, susut sebanyak 302,000 tong.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 519