Tuesday, November 19, 2019
updated 5:05 AM UTC, Nov 19, 2019

TPPA - Konsep Keterbukaan Untungkan Malaysia

Kuala Lumpur - Malaysia bakal memperoleh manfaat menerusi 'Konsep Keterbukaan' dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Jelas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed,  'Konsep Keterbukaan ' perlu, untuk menjamin kedudukan Malaysia sebagai pemain penting dalam pasaran antarabangsa.

Malaysia sepatutnya mencontohi China, yang mendapat manfaat besar, sejak menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) pada  2011.

Namun ditegaskan, keterbukaan juga bakal menimbulkan tekanan.

Justeru, perlu ada penguatkuasaan dasar dalam negara untuk menanganinya, bukannya menolak  bulat- bulat TPPA tanpa benar- benar memahami manfaatnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan semua pihak supaya meneliti dan memahami teks TPPA,  yang dikeluarkan sejak 5 November lalu.

Datuk Seri Mustapa menyatakan demikian selepas memberi taklimat dalam Forum Penerangan Manfaat TPPA di ibu negara.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 894