Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

CIMB Islamic - Lancar Produk Haji Takaful Keluarga

Kuala Lumpur - CIMB Islamic Bank melancarkan Takaful Suria, produk haji takaful keluarga universal pertamanya yang mengabungkan elemen simpanan, perlindungan serta kestabilan kewangan.

Dibangunkan secara eksklusif oleh rakan kongsi bankatakafulnya, Sun Life Malaysia Takaful Bhd, produk ini menawarkan bayaran khas seribu 500 ringgit kepada individu yang diinsurankan selepas tahun ketiga.
 
Ketua Pegawai Esekutif Sun life Malaysia, Muhammad Fikri Mohamad Rawi berkata pihaknya telah berjaya menjual seribu polisi sejak pra pelancaran produk itu pada November 2015.

Jelasnya Takaful Suria mempunyai penstabil yang akan memberi pulangan secara beransur-ansur tidak seperti insurans konvensional yang lebih terdedah kepada ketidaktentuan pasaran.

Produk berkenaan juga didatangkan dengan faedah akhir di mana nilai akaun universal dibayar pada akhir tempoh kontrak.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 551