Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

TPPA : Pindaan/Hak Pekerja Dan Peluang Pekerjaan

Kuala Lumpur - Parlimen perlu meminda 26 undang-undang sedia ada,  sekiranya bersetuju menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pindaan undang-undang tersebut antaranya melibatkan ordinan buruh dan beberapa pekeliling perbendaharaan berkaitan perolehan, dijangka mengambil masa 2 tahun.

Sekiranya diluluskan Parlimen, TPPA dijangka berkuat kuasa pertengahan 2018.

TPPA jelas beliau,  tidak melibatkan perubahan struktur penjawat awam.

Namun kumpulan itu memainkan peranan penting sebagai pelaksana, sekiranya TPPA dikuatkuasakan.

Datuk Seri Mustapa turut menjelaskan, pekerja asing dalam sektor swasta bakal diberi hak baharu di bawah TPPA.

Ia termasuk hak menjadi ahli dan mengetuai kesatuan sekerja.
  
Namun syarat-syarat pemberian hak, masih di peringkat perbincangan antara Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkepentingan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 428