Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Pengubahsuaian Bajet 2016 Ambil Kira Langkah Lonjakkan Industri Tempatan

Kuala Lumpur - Pengubahsuaian Bajet 2016 yang akan diumumkan esok, perlu mengambil kira langkah melonjakkan keupayaan industri tempatan bagi mengembangkan perniagaan rentas sempadan.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia, Datuk Jalilah Baba berpendapat ia penting untuk memastikan industri memanfaatkan sepenuhnya penyertaan negara dalam TPPA serta Komuniti Ekonomi Asean.  

Tumpuan kerajaan katanya, wajar diberikan kepada sektor yang memberi impak tinggi kepada industri tempatan.

Pengubahsuaian Bajet 2016 dijangka meliputi langkah mengoptimumkan perbelanjaan dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ia selari dengan cabaran semasa termasuk kelembapan ekonomi China yang juga rakan dagangan terbesar negara selain penurunan harga minyak mentah dan komoditi yang berterusan.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 366