Friday, January 19, 2018
vital-top
updated 9:04 AM UTC, Jan 19, 2018

Peruntukan Bagasi Daftar Masuk Malaysia Airlines Kembali Seperti Asal

 

Kuala Lumpur  - Malaysia Airlines mengesahkan peruntukan bagasi daftar masuk kembali seperti asal untuk kesemua penerbangan dalam rangkaiannya termasuk perkhidmatan ke Amsterdam, London dan Paris.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata berdasarkan penilaian risiko semasa yang dilakukan pada asas harian, membolehkan syarikat penerbangan itu mengambil laluan yang lebih pendek untuk penerbangan ke Eropah.

"Malaysia Airlines mengutamakan keselamatan dalam operasinya, dan tidak akan teragak-agak untuk menyelaraskan laluan penerbangan berasaskan penilaian risiko harian," katanya.

Semalam, syarikat penerbangan itu mengehadkan sementara peruntukan bagasi daftar masuk bagi penerbangan Kuala Lumpur-Eropah disebabkan laluan yang lebih jauh ke Eropah, selain kelajuan angin yang kuat, yang mengehadkan keupayaannya untuk membawa bagasi dan kargo.

Bagasi daftar masuk yang terkandas, kini dihantar kepada pelanggan yang terlibat di Eropah.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 278