Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Peruntukan RM900,000 Untuk Manfaat Usahawan Wanita

 

Kuala Lumpur  - Sejumlah RM900,000 telah diperuntukkan tahun ini bagi Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) dan Program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) untuk membangunkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan wanita dan ibu tunggal.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata di bawah program tersebut, mereka akan diberi kemahiran dan latihan keusahawanan di bawah pengawasan rapi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

"Program-program itu akan membantu mereka menjana pendapatan berdasarkan kemahiran yang mereka peroleh dalam pelbagai bidang seperti perniagaan agro, pengurusan rumah, rawatan kecantikan dan aktiviti berkaitan pelancongan," kata beliau.

Chew berkata demikian ketika melancarkan projek vokasional di bawah Persatuan Wanita Kristian (YWCA) Kuala Lumpur.

Beliau berkata bahawa sehingga Disember tahun lepas, sejumlah 5,058 ibu tunggal mendapat manfaat daripada I-KIT sementara 7,719 wanita dari golongan berpendapatan rendah menerima manfaat daripada I-KeuNita.

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Ekonomi
  • Jumlah paparan: 212