Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

DefTech Sasar Arab Saudi Pelanggan Eksport Pertama Kenderaan Perisai AV8

BANGKOK - Konglomerat pertahanan yang berpangkalan di Malaysia, DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd (DefTech) menyasarkan Arab Saudi sebagai pelanggan eksportnya yang pertama bagi kenderaan berperisai AV8 keluaran syarikat itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif DefTech Datuk Amril Samsudin berkata, syarikat itu telah menghantar dua varian kenderaan berperisai tersebut yang dilengkapi meriam 25mm dan 30mm untuk diuji nilai oleh angkatan tentera Arab Saudi pada akhir Ogos lepas.

Beliau ditemui semasa pameran pertahanan Defence and Security 2017 di Bangkok, baru-baru ini.

 

Sumber : BERNAMA

  • Jumlah paparan: 28