Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

'Supermoon' Bawa Air Pasang Setinggi 3.2 Meter Di Pesisir Johor Bahru

  • Published in Nasional

JOHOR BAHRU - Fenomena 'Supermoon' atau bulan penuh Perigee yang dapat dilihat pada Isnin ini dijangka menyebabkan air pasang setinggi 3.2 meter di pesisir pantai Johor Bahru selang dua hari kemudian.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata semua pihak termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia menghadapi keadaan itu.

"Air pasang sekitar 3.2m ini dijangkakan berlaku pada 16 dan 17 Nov, namun paras air tidak setinggi pada 16 hingga 20 Okt lalu yang mencecah 3.8m," katanya dalam satu kenyataan.