Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Minggu Fesyen Malaysia Jana RM201.9 Juta Dalam Potensi Jualan Minggu Ini - MATRADE

KUALA LUMPUR - Minggu Fesyen Malaysia (MFW) yang berlangsung selama empat hari sehingga 5 Nov
lepas telah menjana potensi jualan sebanyak RM201.9 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (MATRADE).
 
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Dzulkifli Mahmud dalam satu kenyataan hari ini berkata ini merupakan
peningkatan sebanyak 58.3 peratus berbanding edisi tahun lepas.
 
Mengenai potensi jualan yang dijana, RM78.55 juta telah dijana melalui pameran perdagangan tersebut,
RM54.45 juta melalui program-program penyumberan antarabangsa dan RM68.90 juta melalui pertemuan
pembeli premium dan fesyen.
 
"Fesyen dan gaya hidup di Malaysia sudah semakin berkembang pesat dan MATRADE mengiktiraf keperluan
bagi menonjolkan keupayaan rakyat Malaysia dalam sektor ini kepada dunia.
 
"Sektor yang dikategorikan sebagai eksport gaya hidup ini merupakan segmen eksport dengan
potensi yang tinggi dan perlu diberi keutamaan," katanya.