Saturday, 26 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Pasaran Timah Kl Ditutup Rendah Pada Us$16,850 Setan Metrik

  • Published in Ekonomi

Kuala Lumpur ‐ Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) menyaksikan penurunan sebanyak US$150 dan ditutup pada US$16,850 setan metrik hari ini setelah kurang momentum belian, kata seorang peniaga.

Beliau berkata pasaran timah tempatan juga lemah, seiring dengan prestasi harga logam yang kurang memberangsangkan di Bursa Logam London (LME), yang susut US$265 kepada US$16,890 setan metrik.

PTKL disokong oleh pedagang Jepun, Eropah, China, Korea Selatan, Brazil dan Pakistan.

Semasa pembukaan, tawaran belian dan jualan pada paras yang sama, sebanyak 74 tan metrik setiap satu.

Sementara itu, jumlah dagangan naik kepada 74 tan metrik, menambah 16 tan metrik daripada 58 tan metrik semalam.

 

Perbezaan harga antara PTKL dan LME pada diskaun US$40 setan metrik berbanding US$155 setan metrik semalam.