Wednesday, 26 January 2022

updated 10:55 AM UTC, Jan 26, 2022

Rakyat digalakkan tambah pendapatan, usahakan tanaman komersil

  • Published in Ekonomi

BESERI, 3 Disember - Masyarakat digalak agar mengusahakan tanaman komersil terutamanya di kawasan berhampiran kediaman masing-masing.

Ini bagi menambah sumber pendapatan di samping menghadapi kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pendedahan perlu diberikan kepada para pengusaha terutama mengenai kaedah dan teknik bertani secara moden.

Ia penting bagi menjamin hasil serta pendapatan yang munasabah dan mampan.

Demikian titah saranan baginda ketika melawat Cendawan Kukur Perlis – Beseri Mushroom Farm bersempena program MAIPs Peduli di Kampung Beseri Dalam.